Isnin, 29 Januari 2018

SUHU DAN HABA TAHUN 5


Suhu adalah ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan atau objek. Suhu menunjukkan panas atau sejuk suatu bahan. Bahan atau objek yang sejuk mempunyai darjah kepanasan yang lebih rendah berbanding bahan yang panas. Unit piawai bagi suhu ialah darjah selsius.

Suhu boleh diukur dengan menggunakan termometer. Termometer makmal digunakan untuk mengukur suhu apabila menjalankan eksperimen di dalam makmal. Apabila sesuatu objek yang ingin disukat itu panas, merkuri yang terdapat di dalam bebuli termometer akan mengembang dan aras merkuri naik serta termometer menunjukkan aras bacaan yang tinggi.  Alkohol dan merkuri sangat peka terhadap haba. Merkuri adalah sejenis logam yang berwarna perak berkilauan. Merkuri tidak mudah melekat pada dinding kaca salur rerambut.

Apabila haba dibekalkan kepada suatu objek atau bahan, suhunya akan meningkat. Suhu akan menurun apabila sesuatu objek atau bahan kehilangan haba. Air di dalam sebuah bikar dipanaskan. Suhu air dicatatkan untuk setiap satu minit selama 10 minit. Apabila haba dibekalkan kepada air di dalam bikar tersebut, air menjadi semakin panas dan bacaan termometer menunjukkan peningkatan. Penambahan haba menyebabkan suhu air meningkat. Apabila air di dalam bikar tersebut dibiarkan sejuk, suhu air menurun sehingga bersamaan dengan suhu bilik. Suhu air menurun kerana haba terbebas ke persekitaran.  

2 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih

Ruziana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan