Isnin, 27 Februari 2012

Nota rantai dan siratan makanan

Haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan makanan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

  • Haiwan herbivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan sahaja. Contohnya lembu, kambing dan belalang.
  • Haiwan Karnivor adalah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja contohnya singa, harimau dan ular.
  • Haiwan Omnivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya beruang, ayam dan itik.

-Rantai makanan merupakan hubungan makanan antara hidupan (pengeluar dan pengguna).
- Rantai makanan boleh dibina dengan mengaitkan hubungan makanan antara tumbuhan, herbivor, omnivor dan karnivor.  
-Di dalam rantai makanan tumbuhan akan dikenali sebagai pengeluar (producer) dan haiwan dikenali sebagai pengguna (consumer).
- Semua rantai makanan akan bermula dengan tumbuhan (pengeluar)
- Siratan makanan merupakan gabungan daripada dua atau lebih rantai makanan.
- Siratan makanan menggambarkan hubungan makanan antara beberapa hidupan dalam habitat tertentu.
- Habitat adalah tempat tinggal bagi beberapa hidupan pada satu kawasan tertentu.

KEPENTINGAN SIRATAN MAKANAN
-Semua siratan makanan berpunca daripada pengeluar (tumbuhan hijau)
-Siratan makanan penting bagi mengaawal bilangan hidupan dalam suatu habitat.
-Apabila bilangan hidupan tetap dikawal, keseimbangan alam dapat dikekalkan.

Contoh Pengeluar (producer) dan Pengguna (consumer)




Contoh Rantai Makanan


Contoh Siratan Makanan


Food Chain
Food Web



0 ulasan:

Catat Ulasan