Isnin, 27 Februari 2012

Penyebaran Biji Benih SAINS Tahun 5

1.
Tumbuhan perlu membiak untuk  kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.
2.
Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.
3.
Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.



4.
Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.
5.
Antara penyesuaian ini ialah:
Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam
Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu
Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara
Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.


4 cara penyebaran biji benih
Air
-buah kulit berlilin (elak air masuk)
-bersabut
-mempunyai ruang udara
-buah mudah terapung
-contoh kelapa
-pinang
Haiwan dan manusia
-buah warna menarik
-manis
-boleh dimakan
-biji keras supaya tidak dapat hadam
-berbau harum
-bercangkuk
-disebarkan ke tempat lain melalui najis
-contoh rambutan, langsat
-melekat pada badan haiwan
 (Kemuncup)

Angin
-kecil, ringan, kering, berbulu, bersayap
-contoh lalang, angsana
Mekanisma letupan
-disebarkan jauh dr induk utk elak persaingan
-buah bentuk pod
-kering
-contoh keembung, biji getah

3 ulasan:

Unknown berkata...

bagus!!!!

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
4z berkata...

we love this

Catat Ulasan