Khamis, 13 April 2017

BENTUK - BENTUK TENAGA TAHUN 5

BENTUK - BENTUK TENAGA





1. TENAGA NUKLEAR

  • Tenaga yang dihasilkan dari bahan nuklear.
  • Kebanyakkan logi nuklear untuk menjana kuasa elektrik. 
  • Tindakbalas nuklear menghasilkan tenaga haba yang banyak dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.
  • Tenaga nuklear boleh membinasakan nyawa dan harta benda sekiranya disalah guna.
  • Bahan - bahan radioaktif seperti uranium dan plutonium boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear.
  • Sisa - sisa radioaktif adalah sangat merbahaya kerana ia mengeluarkan sinaran radiaktif yang boleh mengancam kehidupan. 

2. TENAGA SURIA/SOLAR

  • Tenaga yang boleh didapati dari Matahari.
  • Haba dan cahaya merupakan dua bentuk tenaga suria.
  • Sel - sel suria / panel solar menyerap tenaga cahaya dari matahari dan merubahnya kepada bentuk tenaga elektrik. 
  • Dapur suria dan pemanas suria menukarkan tenaga suria kepada bentuk tenaga elektrik untuk memanaskan air dan tujuan memasak. 
  • Sel - sel suria juga digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada:
    • kalkulator
    • satelit
    • jam
    • kenderaan 
  • Tumbuhan hijau memerlukan tenaga suria dari matahari untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis dan menyimpannya dalam bentuk tenaga kimia.

3. TENAGA HABA (tenaga termal)

  • Tenaga ini adalah tenaga yang boleh meningkatkan suhu sesuatu jirim. 
  • Haba merupakan satu bentuk tenaga yang bergerak dari bahagian panas sesuatu objek ke bahagian sejuk. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan suhu di kedua - dua bahagian.
  • Matahari merupakan sumber utama tenaga haba. 
  • Tenaga haba menyebabkan sesuatu objek itu terasa panas.
  • Sesuatu objek akan berasa sejuk apabila kehilangan haba dan sesuatu objek akan menjadi panas apabila menyerap haba. 
  • Tenaga haba digunakan untuk:
    • mengeringkan baju yang basah.
    • mamasak makanan / air.
  • Contoh - contoh tenaga haba adalah seperti di bawah:
    • Kertas yang terbakar
    • Haba matahari
    • Mentol yang menyala. 

4. TENAGA CAHAYA

  • Setiap objek yang menghasilkan tenaga cahaya dikatakan mempunyai tenaga cahaya.
  • Membantu kita untuk melihat sebarang objek disekeliling kita. 
  • Tenaga cahaya diperolehi daripada tenaga suria, tenaga elektrik dan tenaga kimia. 
  • Merupakan tenaga yang amat penting kerana tanpanya kita tidak dapat melihat. 
  • Tumbuhan hijau membuat makanan melalui proses fotosintesis dengan bantuan tenaga cahaya dari matahari. 
  • Tenaga cahaya digunakan untuk mencerahkan keadaan yang gelap, menghasilkan tenaga elektrik dengan berbantukan panel suria.  
  • Contoh - contoh tenaga cahaya:
    • Lampu suluh yang menyala
    • Unggun api
    • Lilin yang menyala.

5. TENAGA BUNYI

  • Tanpa tenaga bunyi dunia akan menjadi sunyi sepi.
  • Tenaga bunyi dihasilkan daripada objek yang bergetar. 
  • Boleh bergerak melalui pepejal, cecair dan gas tetapi tidak boleh bergerak atau dipindahkan melalui vakum. 
  • Disebabkan itu, manusia tidak boleh mendengar ketika di angkasa lepas. 
  • Bergerak di dalam bentuk gelombang. 
  • Contoh - contoh objek yang menghasilkan tenaga bunyi.
    • muzik di radio
    • Kompang dipalu pengantin baru
    • Telefon yang berdering
  • Boleh digunakan untuk tujuan berkomunikasi, hiburan dan membunyikan siren.
  • Tenaga bunyi digunakan dalam kehidupan seharian adalah:
    • bercakap 
    • menyanyi

6. TENAGA KIMIA

  • Merupakan tenaga yang tersimpan dalam bahan - bahan kimia. 
  • Bahan - bahan seperti arang batu, gas dan petrol boleh terbakar manakala serbuk peluru boleh meletup dan membebaskan tenaga kimia. 
  • Tenaga kimia disimpan di dalam makanan, bahan api fosil, biojisim dan bateri. 
  • Pembakaran bahan api akan membebaskan tenaga kimia yang tersimpan di dalamnya dan menghasilkan tenaga haba. 
  • Dibebaskan daripada makanan yang dimakan melalui tindak balas kimia dalam badan (metabolisme). 
  • Bahan kimia di dalam bateri mengandungi tenaga kimia yang berubah kepada tenaga elektrik.
  • Digunakan untuk:
    • Membekalkan tenaga kepada hidupan.
    • Mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan mesin dan menyalakan lampu. 

7. TENAGA ELEKTRIK

  • Arus elektrik mempuyai tenaga yang boleh digunakan untuk melakukan kerja.
  • Membolehkan semua peralatan elektrik berfungsi.
  • Digunakan secara meluas kerana ia mudah diubah kepada bentuk tenaga yang lain.
  • Merupakan satu bentuk tenaga yang penting. arus elektrik ini digunakan untuk untuk menggerakkan mesin, peralatan elektrik dan lain. 
  • Digunakan untuk:
    • menyalakan lampu elektrik
    • memusingkan kipas
    • memutarkan motor elektrik.
  • Contoh - contoh objek yang menghasilkan tenaga elektrik:
    • Kilat
    • Dinamo basikal
    • Sel kering
    • Akumulator

8. TENAGA KINETIK

  • Semua objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik.
  • Tenaga kinetik dapat memusingkan kincir angin dan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik. 
  • Semakin cepat pergerakan sesuatu objek, semakin banyak tenaga kinetiknya.
  • Contoh objek yang mempunyai tenaga kinetik:
    • kereta menyusur di jalan raya
    • kipas berpusing
    • air yang sedang mengalir.

9. TENAGA KEUPAYAAN

  • Tenaga keupayaan merupakan tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu objek disebabkan kedudukannya yang tinggi atau apabilaia berada di dalam keadaan:
    • diangkat
    • dimampat
    • diregang
    • dibengkok
  • Contoh objek yamg mempunyai tenaga keupayaan:
    • spring yang dimampatkan
    • gelang getah yang diregangkan
    • buah - buahan yang tergantung di atas pokok

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i like

Tanpa Nama berkata...

Tanpa tenaga kita susah adanya tenaga kita senang

Tanpa Nama berkata...

Bagus tu

Catat Ulasan