Saturday, March 3, 2012

Kemandirian Spesies Haiwan

Spesies ialah hidupan yang sama jenis dan boleh membiak di antara satu sama lain. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan susah dan merbahaya. Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Mereka perlu menjaga dan melindungi telur dan anak mereka daripada dimakan oleh musuhnya. Contoh haiwan yang menjaga telurnya adalah:
    a) burung
    b) ayam
    c) kala jengking
    d) buaya
Contoh haiwan yang menjaga anaknya adalah:
    a) lembu
    b) kucing
    c) harimau
    d) singa 
    e) gajah

Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan anaknya.
i)  Meletakkan anaknya di dalam mulut.
    Sesetengah haiwan meletakkan anaknya ke dalam mulutnya apabila mereka diancam bahaya.
    Contohnya beberapa jenis ikan. 

ii) Membawa anaknya di dalam mulut
   Terdapat juga haiwan yang membawa anaknya yang baru sahaja lahir di dalam mulut untuk
   dibawa ke tempat yang lebih selamat. Contohnya buaya.

iii) Menyerang musuhnya
    Terdapat juga haiwan yang menyerang musuhnya untuk melindungi telurnya atau anaknya
    apabila diganggu. Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.

iv) Mengeluarkan telur yang diselaputi jeli yang berlendir.
    Terdapat juga haiwan yang melindungi telurnya daripada musuh dengan cara menghasilkan
    telur yang berlendir. Sebagai contoh, katak, siput babi dan ikan. Katak juga akan bertelur
    dengan banyak untuk memastikan kemandirian spesiesnya. 

v) Memberi makan kepada anaknya. 
    Sebahagian haiwan menyusukan memberi makan kepada anaknya dengan cara menyusukan
    anaknya.Sebagai contoh, kambing, lembu dan harimau. Terdapat juga haiwan ynag memberi
    makanan kepada anaknya iaitu burung.

vi) Membawa anaknya dengan menggunakan badannya.
    Kala jengking membawa anaknya dengan cara meletakkan anaknya dibelakang badannya.
    Terdapat juga haiwan yang membawa anaknya dengan menggunakan kantung yang
    terdapat pada badannya. Sebagai contoh Kanggaru dan kuda laut. 

vii) Menyembunyikan telurnya.
     Haiwan seperti penyu akan ke pantai untuk bertelur. Penyu akan menggali lubang dan
     bertelur terus ke dalam lubang tersebut. Ini bertujuan untuk menyembunyikan telurnya
     di dalam pasir. Apabila telur tersebut menetas, anak - anak penyu tersebut akan kembali
     semula ke laut.

viii) Hidup berkumpulan atau di dalam kumpulan yang besar.
     Haiwan seperti gajah akan hidup berkumpulan untuk memastikan anak mereka selamat
     daripada diburu oleh pihak musuh (pemangsa).   
     

No comments:

Post a Comment