BENTUK - BENTUK TENAGA
1. TENAGA NUKLEAR
- Tenaga yang dihasilkan dari bahan nuklear.
- Kebanyakkan logi nuklear untuk menjana kuasa elektrik.
- Tindakbalas nuklear menghasilkan tenaga haba yang banyak dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.
- Tenaga nuklear boleh membinasakan nyawa dan harta benda sekiranya disalah guna.
- Bahan - bahan radioaktif seperti uranium dan plutonium boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear.
- Sisa - sisa radioaktif adalah sangat merbahaya kerana ia mengeluarkan sinaran radiaktif yang boleh mengancam kehidupan.
2. TENAGA SURIA/SOLAR
- Tenaga yang boleh didapati dari Matahari.
- Haba dan cahaya merupakan dua bentuk tenaga suria.
- Sel - sel suria / panel solar menyerap tenaga cahaya dari matahari dan merubahnya kepada bentuk tenaga elektrik.
- Dapur suria dan pemanas suria menukarkan tenaga suria kepada bentuk tenaga elektrik untuk memanaskan air dan tujuan memasak.
- Sel - sel suria juga digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada:
- kalkulator
- satelit
- jam
- kenderaan
- Tumbuhan hijau memerlukan tenaga suria dari matahari untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis dan menyimpannya dalam bentuk tenaga kimia.
3. TENAGA HABA (tenaga termal)
- Tenaga ini adalah tenaga yang boleh meningkatkan suhu sesuatu jirim.
- Haba merupakan satu bentuk tenaga yang bergerak dari bahagian panas sesuatu objek ke bahagian sejuk. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan suhu di kedua - dua bahagian.
- Matahari merupakan sumber utama tenaga haba.
- Tenaga haba menyebabkan sesuatu objek itu terasa panas.
- Sesuatu objek akan berasa sejuk apabila kehilangan haba dan sesuatu objek akan menjadi panas apabila menyerap haba.
- Tenaga haba digunakan untuk:
- mengeringkan baju yang basah.
- mamasak makanan / air.
- Contoh - contoh tenaga haba adalah seperti di bawah:
- Kertas yang terbakar
- Haba matahari
- Mentol yang menyala.
4. TENAGA CAHAYA
- Setiap objek yang menghasilkan tenaga cahaya dikatakan mempunyai tenaga cahaya.
- Membantu kita untuk melihat sebarang objek disekeliling kita.
- Tenaga cahaya diperolehi daripada tenaga suria, tenaga elektrik dan tenaga kimia.
- Merupakan tenaga yang amat penting kerana tanpanya kita tidak dapat melihat.
- Tumbuhan hijau membuat makanan melalui proses fotosintesis dengan bantuan tenaga cahaya dari matahari.
- Tenaga cahaya digunakan untuk mencerahkan keadaan yang gelap, menghasilkan tenaga elektrik dengan berbantukan panel suria.
- Contoh - contoh tenaga cahaya:
- Lampu suluh yang menyala
- Unggun api
- Lilin yang menyala.
5. TENAGA BUNYI
- Tanpa tenaga bunyi dunia akan menjadi sunyi sepi.
- Tenaga bunyi dihasilkan daripada objek yang bergetar.
- Boleh bergerak melalui pepejal, cecair dan gas tetapi tidak boleh bergerak atau dipindahkan melalui vakum.
- Disebabkan itu, manusia tidak boleh mendengar ketika di angkasa lepas.
- Bergerak di dalam bentuk gelombang.
- Contoh - contoh objek yang menghasilkan tenaga bunyi.
- muzik di radio
- Kompang dipalu pengantin baru
- Telefon yang berdering
- Boleh digunakan untuk tujuan berkomunikasi, hiburan dan membunyikan siren.
- Tenaga bunyi digunakan dalam kehidupan seharian adalah:
- bercakap
- menyanyi
6. TENAGA KIMIA
- Merupakan tenaga yang tersimpan dalam bahan - bahan kimia.
- Bahan - bahan seperti arang batu, gas dan petrol boleh terbakar manakala serbuk peluru boleh meletup dan membebaskan tenaga kimia.
- Tenaga kimia disimpan di dalam makanan, bahan api fosil, biojisim dan bateri.
- Pembakaran bahan api akan membebaskan tenaga kimia yang tersimpan di dalamnya dan menghasilkan tenaga haba.
- Dibebaskan daripada makanan yang dimakan melalui tindak balas kimia dalam badan (metabolisme).
- Bahan kimia di dalam bateri mengandungi tenaga kimia yang berubah kepada tenaga elektrik.
- Digunakan untuk:
- Membekalkan tenaga kepada hidupan.
- Mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan mesin dan menyalakan lampu.
7. TENAGA ELEKTRIK
- Arus elektrik mempuyai tenaga yang boleh digunakan untuk melakukan kerja.
- Membolehkan semua peralatan elektrik berfungsi.
- Digunakan secara meluas kerana ia mudah diubah kepada bentuk tenaga yang lain.
- Merupakan satu bentuk tenaga yang penting. arus elektrik ini digunakan untuk untuk menggerakkan mesin, peralatan elektrik dan lain.
- Digunakan untuk:
- menyalakan lampu elektrik
- memusingkan kipas
- memutarkan motor elektrik.
- Contoh - contoh objek yang menghasilkan tenaga elektrik:
- Kilat
- Dinamo basikal
- Sel kering
- Akumulator
8. TENAGA KINETIK
- Semua objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik.
- Tenaga kinetik dapat memusingkan kincir angin dan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik.
- Semakin cepat pergerakan sesuatu objek, semakin banyak tenaga kinetiknya.
- Contoh objek yang mempunyai tenaga kinetik:
- kereta menyusur di jalan raya
- kipas berpusing
- air yang sedang mengalir.
9. TENAGA KEUPAYAAN
- Tenaga keupayaan merupakan tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu objek disebabkan kedudukannya yang tinggi atau apabilaia berada di dalam keadaan:
- diangkat
- dimampat
- diregang
- dibengkok
- Contoh objek yamg mempunyai tenaga keupayaan:
- spring yang dimampatkan
- gelang getah yang diregangkan
- buah - buahan yang tergantung di atas pokok
3 ulasan:
i like
Tanpa tenaga kita susah adanya tenaga kita senang
Bagus tu
Catat Ulasan