- Tenaga ialah keupayaan melakukan kerja
- Tenaga tidak boleh dihasilkan atau dihapuskan, tetapi tenaga boleh dipindahkan kepada sesuatu bentuk tenaga yang lain.
- Tenaga diperlukan oleh benda - benda hidup untuk menjalani proses hidup seperti bergerak, bernafas dan bertumbuh.
- Tenaga juga diperlukan oleh benda - benda bukan hidup untuk bergerak dan melakukan kerja.
- Tenaga membolehkan kita melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian seperti bejalan, makan, tidur dan bermain.
- Tenaga membolehkan haiwan membiak, mencari makanan, melarikan diri dari musuh dan sebagainya.
Rabu, 31 Julai 2013
UNIT 4: TENAGA
PENGENALAN
Sabtu, 3 Mac 2012
Kemandirian Spesies Haiwan
Spesies ialah hidupan yang sama jenis dan boleh membiak di antara satu sama lain. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan susah dan merbahaya. Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Mereka perlu menjaga dan melindungi telur dan anak mereka daripada dimakan oleh musuhnya. Contoh haiwan yang menjaga telurnya adalah:
a) burung
b) ayam
c) kala jengking
d) buaya
Contoh haiwan yang menjaga anaknya adalah:
a) lembu
b) kucing
c) harimau
d) singa
e) gajah
Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan anaknya.
i) Meletakkan anaknya di dalam mulut.
Sesetengah haiwan meletakkan anaknya ke dalam mulutnya apabila mereka diancam bahaya.
Contohnya beberapa jenis ikan.
Contohnya beberapa jenis ikan.
ii) Membawa anaknya di dalam mulut
Terdapat juga haiwan yang membawa anaknya yang baru sahaja lahir di dalam mulut untuk
dibawa ke tempat yang lebih selamat. Contohnya buaya.
dibawa ke tempat yang lebih selamat. Contohnya buaya.
iii) Menyerang musuhnya
Terdapat juga haiwan yang menyerang musuhnya untuk melindungi telurnya atau anaknya
apabila diganggu. Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.
apabila diganggu. Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.
iv) Mengeluarkan telur yang diselaputi jeli yang berlendir.
Terdapat juga haiwan yang melindungi telurnya daripada musuh dengan cara menghasilkan
telur yang berlendir. Sebagai contoh, katak, siput babi dan ikan. Katak juga akan bertelur
dengan banyak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
telur yang berlendir. Sebagai contoh, katak, siput babi dan ikan. Katak juga akan bertelur
dengan banyak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
v) Memberi makan kepada anaknya.
Sebahagian haiwan menyusukan memberi makan kepada anaknya dengan cara menyusukan
anaknya.Sebagai contoh, kambing, lembu dan harimau. Terdapat juga haiwan ynag memberi
makanan kepada anaknya iaitu burung.
anaknya.Sebagai contoh, kambing, lembu dan harimau. Terdapat juga haiwan ynag memberi
makanan kepada anaknya iaitu burung.
vi) Membawa anaknya dengan menggunakan badannya.
Kala jengking membawa anaknya dengan cara meletakkan anaknya dibelakang badannya.
Terdapat juga haiwan yang membawa anaknya dengan menggunakan kantung yang
terdapat pada badannya. Sebagai contoh Kanggaru dan kuda laut.
Terdapat juga haiwan yang membawa anaknya dengan menggunakan kantung yang
terdapat pada badannya. Sebagai contoh Kanggaru dan kuda laut.
vii) Menyembunyikan telurnya.
Haiwan seperti penyu akan ke pantai untuk bertelur. Penyu akan menggali lubang dan
bertelur terus ke dalam lubang tersebut. Ini bertujuan untuk menyembunyikan telurnya
di dalam pasir. Apabila telur tersebut menetas, anak - anak penyu tersebut akan kembali
semula ke laut.
bertelur terus ke dalam lubang tersebut. Ini bertujuan untuk menyembunyikan telurnya
di dalam pasir. Apabila telur tersebut menetas, anak - anak penyu tersebut akan kembali
semula ke laut.
viii) Hidup berkumpulan atau di dalam kumpulan yang besar.
Haiwan seperti gajah akan hidup berkumpulan untuk memastikan anak mereka selamat
daripada diburu oleh pihak musuh (pemangsa).
daripada diburu oleh pihak musuh (pemangsa).
Label:
Kemandirian Spesies Haiwan
di
11:46 PG
Isnin, 27 Februari 2012
Penyebaran Biji Benih SAINS Tahun 5
1. | Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini. |
2. | Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya. |
3. | Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya. |
4. | Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya. |
5. | Antara penyesuaian ini ialah: |
Cara Penyebaran | Penyesuaian Biji Benih / Buah |
Haiwan | Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan Biji benih keras, susah hadam |
Angin | Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu |
Air | Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara |
Mekanisme letupan | Permukaan buah menjadi tegang apabila kering. |
| 4 cara penyebaran biji benih | Air | -buah kulit berlilin (elak air masuk) -bersabut -mempunyai ruang udara -buah mudah terapung | -contoh kelapa -pinang |
| Haiwan dan manusia | -buah warna menarik -manis -boleh dimakan -biji keras supaya tidak dapat hadam -berbau harum -bercangkuk | -disebarkan ke tempat lain melalui najis -contoh rambutan, langsat -melekat pada badan haiwan (Kemuncup) | |
| Angin | -kecil, ringan, kering, berbulu, bersayap | -contoh lalang, angsana | |
| Mekanisma letupan | -disebarkan jauh dr induk utk elak persaingan -buah bentuk pod -kering | -contoh keembung, biji getah |
Label:
Penyebaran Biji Benih
di
9:17 PTG
Nota rantai dan siratan makanan
Haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan makanan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor.
- Haiwan herbivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan sahaja. Contohnya lembu, kambing dan belalang.
- Haiwan Karnivor adalah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja contohnya singa, harimau dan ular.
- Haiwan Omnivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya beruang, ayam dan itik.
-Rantai makanan merupakan hubungan makanan antara hidupan (pengeluar dan pengguna).
- Rantai makanan boleh dibina dengan mengaitkan hubungan makanan antara tumbuhan, herbivor, omnivor dan karnivor.
- Rantai makanan boleh dibina dengan mengaitkan hubungan makanan antara tumbuhan, herbivor, omnivor dan karnivor.
-Di dalam rantai makanan tumbuhan akan dikenali sebagai pengeluar (producer) dan haiwan dikenali sebagai pengguna (consumer).
- Semua rantai makanan akan bermula dengan tumbuhan (pengeluar)
- Siratan makanan merupakan gabungan daripada dua atau lebih rantai makanan.
- Siratan makanan menggambarkan hubungan makanan antara beberapa hidupan dalam habitat tertentu.
- Habitat adalah tempat tinggal bagi beberapa hidupan pada satu kawasan tertentu.
KEPENTINGAN SIRATAN MAKANAN
-Semua siratan makanan berpunca daripada pengeluar (tumbuhan hijau)
-Siratan makanan penting bagi mengaawal bilangan hidupan dalam suatu habitat.
-Apabila bilangan hidupan tetap dikawal, keseimbangan alam dapat dikekalkan.

Contoh Pengeluar (producer) dan Pengguna (consumer)
Contoh Rantai Makanan
Contoh Siratan Makanan
Label:
rantai dan siratan makanan
di
9:00 PTG
Ahad, 5 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)