Rabu, 30 Mac 2016

CARA HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARI MUSUH 1


Haiwan mempunyai ciri - ciri khas untuk melindungi diri dari pihak musuh. Ciri khas tersebut terdapat pada sifat fizikal haiwan atau tingkah laku khas haiwan untuk melindungi dirinya.

1. Ciri - ciri khas

         a)     Tanduk

Haiwan seperti Rusa, Kambing, Kerbau dan seladang mempunyai tanduk yang kuat dan tajam. Apabila rasa terancam, haiwan - haiwan ini menyerang dan mencederakan musuhnya dengan tanduk mereka.

Kambing
Kerbau
          b)     Cangkerang Keras

Penyu, kura - kura dan siput mempunyai cangkerang yang keras untuk melindungi dan mempertahankan diri mereka apabila terasa diancam. Cangkerang yang keras dan kuat ini membantu melindungi badan haiwan yang lembut.

Penyu
Kura - kura

c)     Kuku Tajam

Harimau, kucing, helang dan burung hantu mempunyai kuku yang tajam serta boleh mencederakan musuhnya. Kuku yang tajam juga membantu dalam mencari mangsa untuk dijadikan makanan.
Harimau

Burung Hantu
d) Duri Tajam
Ikan buntal, landak laut dan landak mempunyai duri yang tajam pada kulitnya. Duri yang tajam dapat membantu haiwan untuk mempertahankan dirinya apabila diancam oleh pihak musuh. Ikan buntal akan mengembangkan dirinya apabila berasa diancam.
Ikan Buntal

Landak Laut
e) Sisik Keras

Haiwan seperti tenggiling dan buaya mempunyai sisik yang tebal dan keras.

Tenggiling

f) Bisa

Kala jengking, ular tedung dan lebah mengeluarkan racun yang sangat berbisa. Racun yang berbisa ini boleh menyakiti atau membunuh musuh.

Kala Jengking

Lebah

Khamis, 1 Ogos 2013

SUMBER TENAGA: MAKANAN

B. MAKANAN

  • Tumbuhan adalah pengeluar kerana tumbuhan boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
  • Manusia dan haiwan mendapat tenaga apabila makan makanan (tumbuhan dan haiwan lain).


SUMBER TENAGA

Sumber - sumber tenaga ialah:
a) Matahari
b) Makanan
c) Angin
d) Bahan Api
e) Bateri

A. MATAHARI


  • Matahari adalah sumber tenaga utama.
  • Matahari menghasilkan tenaga haba dan tenaga cahaya
  • Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya untuk membuat makanan yang dikenali sebagai proses fotosintesis.
  • Tenaga yang tersimpan dalam tumbuhan dipindahkan kepada manusia dan haiwan yang memakannya.
  • Kita menggunakan tenaga haba daripada matahari untuk mengeringkan pakaian dan makanan seperti makanan laut dan buah - buahan
  • Tenaga daripada matahari juga digunakan untuk mengoperasikan alat - alat seperti kalkulator dan pemanas air.

Rabu, 31 Julai 2013

UNIT 4: TENAGA

PENGENALAN

  • Tenaga ialah keupayaan melakukan kerja
  • Tenaga tidak boleh dihasilkan atau dihapuskan, tetapi tenaga boleh dipindahkan kepada sesuatu bentuk tenaga yang lain.
  • Tenaga diperlukan oleh benda - benda hidup untuk menjalani proses hidup seperti bergerak, bernafas dan bertumbuh.
  • Tenaga juga diperlukan oleh benda - benda bukan hidup untuk bergerak dan melakukan kerja.
  • Tenaga membolehkan kita melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian seperti bejalan, makan, tidur dan bermain.
  • Tenaga membolehkan haiwan membiak, mencari makanan, melarikan diri dari musuh dan sebagainya.

Sabtu, 3 Mac 2012

Kemandirian Spesies Haiwan

Spesies ialah hidupan yang sama jenis dan boleh membiak di antara satu sama lain. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan susah dan merbahaya. Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Mereka perlu menjaga dan melindungi telur dan anak mereka daripada dimakan oleh musuhnya. Contoh haiwan yang menjaga telurnya adalah:
    a) burung
    b) ayam
    c) kala jengking
    d) buaya
Contoh haiwan yang menjaga anaknya adalah:
    a) lembu
    b) kucing
    c) harimau
    d) singa 
    e) gajah

Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan anaknya.
i)  Meletakkan anaknya di dalam mulut.
    Sesetengah haiwan meletakkan anaknya ke dalam mulutnya apabila mereka diancam bahaya.
    Contohnya beberapa jenis ikan. 

ii) Membawa anaknya di dalam mulut
   Terdapat juga haiwan yang membawa anaknya yang baru sahaja lahir di dalam mulut untuk
   dibawa ke tempat yang lebih selamat. Contohnya buaya.

iii) Menyerang musuhnya
    Terdapat juga haiwan yang menyerang musuhnya untuk melindungi telurnya atau anaknya
    apabila diganggu. Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.

iv) Mengeluarkan telur yang diselaputi jeli yang berlendir.
    Terdapat juga haiwan yang melindungi telurnya daripada musuh dengan cara menghasilkan
    telur yang berlendir. Sebagai contoh, katak, siput babi dan ikan. Katak juga akan bertelur
    dengan banyak untuk memastikan kemandirian spesiesnya. 

v) Memberi makan kepada anaknya. 
    Sebahagian haiwan menyusukan memberi makan kepada anaknya dengan cara menyusukan
    anaknya.Sebagai contoh, kambing, lembu dan harimau. Terdapat juga haiwan ynag memberi
    makanan kepada anaknya iaitu burung.

vi) Membawa anaknya dengan menggunakan badannya.
    Kala jengking membawa anaknya dengan cara meletakkan anaknya dibelakang badannya.
    Terdapat juga haiwan yang membawa anaknya dengan menggunakan kantung yang
    terdapat pada badannya. Sebagai contoh Kanggaru dan kuda laut. 

vii) Menyembunyikan telurnya.
     Haiwan seperti penyu akan ke pantai untuk bertelur. Penyu akan menggali lubang dan
     bertelur terus ke dalam lubang tersebut. Ini bertujuan untuk menyembunyikan telurnya
     di dalam pasir. Apabila telur tersebut menetas, anak - anak penyu tersebut akan kembali
     semula ke laut.

viii) Hidup berkumpulan atau di dalam kumpulan yang besar.
     Haiwan seperti gajah akan hidup berkumpulan untuk memastikan anak mereka selamat
     daripada diburu oleh pihak musuh (pemangsa).