Ahad, 4 Mac 2018

KEJADIAN SIANG DAN MALAM TAHUN 5


PUTARAN BUMI
  • Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur atau lawan arah jam. (Matahari terbit dari sebelah timur. Satu putaran lengkap bumi memakan masa selama 24 jam atau 1 hari. 
  • Kita tidak dapat merasakan kelajuan putaran bumi kerana saiz bumi yang besar.
  • Bahagian timur bumi mendapat cahaya matahari lebih awal berbanding sebelah barat bumi. Matahari seperti naik dari arah timur pada watktu pagi serta berada di tengah langit pada tengah hari dan turun ke barat apabila waktu senja. 
  • Jika ditegakkan sesuatu objek di kawasan yang lapang seperti padang, kedudukan bayang - bayang objek berubah dari barat ke timur. 
  • pada waktu pagi, bayang - bayang objek menghala ke arah barat. Bayang - bayang objek yang terhasil lebih panjang berbanding panjang asal objek. Semakin tinggi  matahari naik ke langit, semakin berkurang panjang bayang - bayang objek sehingga waktu tengah hari. 
  • Bayang - bayang objek menjadi bertambah panjang apabila matahari melepasi sebahagian langit pada waktu petang. Bayang - bayang objek pada waktu petang menghala ke timur.
  • Kedudukan bayang - bayang objek yang berubah dari barat ke timur membuktikan bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur.