Haiwan mempunyai ciri -
ciri khas untuk melindungi diri dari pihak musuh. Ciri khas tersebut terdapat
pada sifat fizikal haiwan atau tingkah laku khas haiwan untuk melindungi
dirinya.
1. Ciri - ciri khas
a) Tanduk
Haiwan seperti Rusa, Kambing, Kerbau dan seladang mempunyai tanduk
yang kuat dan tajam. Apabila rasa terancam, haiwan - haiwan ini menyerang dan
mencederakan musuhnya dengan tanduk mereka.
Kambing
Kerbau |
b)
Cangkerang Keras
Penyu, kura - kura dan siput mempunyai cangkerang yang keras untuk melindungi dan mempertahankan diri mereka apabila terasa diancam. Cangkerang yang keras dan kuat ini membantu melindungi badan haiwan yang lembut.
Penyu |
Kura - kura |
Harimau, kucing, helang dan burung hantu
mempunyai kuku yang tajam serta boleh mencederakan musuhnya. Kuku yang tajam
juga membantu dalam mencari mangsa untuk dijadikan makanan.
Harimau |
Burung Hantu |
d) Duri Tajam
Ikan buntal, landak laut dan landak mempunyai
duri yang tajam pada kulitnya. Duri yang tajam dapat membantu haiwan untuk
mempertahankan dirinya apabila diancam oleh pihak musuh. Ikan buntal akan
mengembangkan dirinya apabila berasa diancam.Ikan Buntal |
Landak Laut |
Haiwan seperti tenggiling dan buaya mempunyai sisik yang tebal dan keras.
Tenggiling |
f) Bisa
Kala jengking, ular tedung dan lebah mengeluarkan racun yang sangat berbisa. Racun yang berbisa ini boleh menyakiti atau membunuh musuh.
Kala Jengking |
Lebah |