- Tumbuhan adalah pengeluar kerana tumbuhan boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
- Manusia dan haiwan mendapat tenaga apabila makan makanan (tumbuhan dan haiwan lain).
Khamis, 1 Ogos 2013
SUMBER TENAGA: MAKANAN
B. MAKANAN
Label:
Sumber Tenaga: Makanan
di
11:35 PG
SUMBER TENAGA
Sumber - sumber tenaga ialah:
a) Matahari
b) Makanan
c) Angin
d) Bahan Api
e) Bateri
A. MATAHARI
a) Matahari
b) Makanan
c) Angin
d) Bahan Api
e) Bateri
A. MATAHARI
- Matahari adalah sumber tenaga utama.
- Matahari menghasilkan tenaga haba dan tenaga cahaya
- Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya untuk membuat makanan yang dikenali sebagai proses fotosintesis.
- Tenaga yang tersimpan dalam tumbuhan dipindahkan kepada manusia dan haiwan yang memakannya.
- Kita menggunakan tenaga haba daripada matahari untuk mengeringkan pakaian dan makanan seperti makanan laut dan buah - buahan
- Tenaga daripada matahari juga digunakan untuk mengoperasikan alat - alat seperti kalkulator dan pemanas air.
Rabu, 31 Julai 2013
UNIT 4: TENAGA
PENGENALAN
- Tenaga ialah keupayaan melakukan kerja
- Tenaga tidak boleh dihasilkan atau dihapuskan, tetapi tenaga boleh dipindahkan kepada sesuatu bentuk tenaga yang lain.
- Tenaga diperlukan oleh benda - benda hidup untuk menjalani proses hidup seperti bergerak, bernafas dan bertumbuh.
- Tenaga juga diperlukan oleh benda - benda bukan hidup untuk bergerak dan melakukan kerja.
- Tenaga membolehkan kita melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian seperti bejalan, makan, tidur dan bermain.
- Tenaga membolehkan haiwan membiak, mencari makanan, melarikan diri dari musuh dan sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)