1. | Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini. |
2. | Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya. |
3. | Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya. |
4. | Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya. |
5. | Antara penyesuaian ini ialah: |
Cara Penyebaran | Penyesuaian Biji Benih / Buah |
Haiwan | Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan Biji benih keras, susah hadam |
Angin | Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu |
Air | Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara |
Mekanisme letupan | Permukaan buah menjadi tegang apabila kering. |
4 cara penyebaran biji benih | Air | -buah kulit berlilin (elak air masuk) -bersabut -mempunyai ruang udara -buah mudah terapung | -contoh kelapa -pinang |
Haiwan dan manusia | -buah warna menarik -manis -boleh dimakan -biji keras supaya tidak dapat hadam -berbau harum -bercangkuk | -disebarkan ke tempat lain melalui najis -contoh rambutan, langsat -melekat pada badan haiwan (Kemuncup) | |
Angin | -kecil, ringan, kering, berbulu, bersayap | -contoh lalang, angsana | |
Mekanisma letupan | -disebarkan jauh dr induk utk elak persaingan -buah bentuk pod -kering | -contoh keembung, biji getah |