Isnin, 27 Februari 2012

Penyebaran Biji Benih SAINS Tahun 5

1.
Tumbuhan perlu membiak untuk  kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.
2.
Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.
3.
Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.



4.
Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.
5.
Antara penyesuaian ini ialah:
Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam
Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu
Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara
Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.


4 cara penyebaran biji benih
Air
-buah kulit berlilin (elak air masuk)
-bersabut
-mempunyai ruang udara
-buah mudah terapung
-contoh kelapa
-pinang
Haiwan dan manusia
-buah warna menarik
-manis
-boleh dimakan
-biji keras supaya tidak dapat hadam
-berbau harum
-bercangkuk
-disebarkan ke tempat lain melalui najis
-contoh rambutan, langsat
-melekat pada badan haiwan
 (Kemuncup)

Angin
-kecil, ringan, kering, berbulu, bersayap
-contoh lalang, angsana
Mekanisma letupan
-disebarkan jauh dr induk utk elak persaingan
-buah bentuk pod
-kering
-contoh keembung, biji getah

Nota rantai dan siratan makanan

Haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan makanan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

  • Haiwan herbivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan sahaja. Contohnya lembu, kambing dan belalang.
  • Haiwan Karnivor adalah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja contohnya singa, harimau dan ular.
  • Haiwan Omnivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya beruang, ayam dan itik.

-Rantai makanan merupakan hubungan makanan antara hidupan (pengeluar dan pengguna).
- Rantai makanan boleh dibina dengan mengaitkan hubungan makanan antara tumbuhan, herbivor, omnivor dan karnivor.  
-Di dalam rantai makanan tumbuhan akan dikenali sebagai pengeluar (producer) dan haiwan dikenali sebagai pengguna (consumer).
- Semua rantai makanan akan bermula dengan tumbuhan (pengeluar)
- Siratan makanan merupakan gabungan daripada dua atau lebih rantai makanan.
- Siratan makanan menggambarkan hubungan makanan antara beberapa hidupan dalam habitat tertentu.
- Habitat adalah tempat tinggal bagi beberapa hidupan pada satu kawasan tertentu.

KEPENTINGAN SIRATAN MAKANAN
-Semua siratan makanan berpunca daripada pengeluar (tumbuhan hijau)
-Siratan makanan penting bagi mengaawal bilangan hidupan dalam suatu habitat.
-Apabila bilangan hidupan tetap dikawal, keseimbangan alam dapat dikekalkan.

Contoh Pengeluar (producer) dan Pengguna (consumer)




Contoh Rantai Makanan


Contoh Siratan Makanan


Food Chain
Food Web



Ahad, 5 Februari 2012

Acid and Alkali year 5

Download di sini

tujuan blog diwujudkan


Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta bahan - bahan, sumber berkenaan akademik dan bahan - bahan bantu mengajar untuk guru - guru atau murid - murid serta pengunjung yang ingin berkongsi ilmu pengetahuan. Terima kasih kepada semua yang berkongsi maklumat dan bahan untuk tujuan memastikan anak didik kita semua berjaya ke puncak kejayaan. TERIMA KASIH!